Malaysia Dateline

Kes baru 3,288, 14 mati dan 281 pesakit dalam ICU

Kes baharu positif COVID-19 pada hari ini sebanyak 3,288 kes menjadikan kumulatif kes di seluruh negara setakat ini adalah 251,604 kes.

Daripada kes baharu itu sebanyak 3,283 membabitkan penularan dalam tempatan manakala 5 kes lagi membabitkan kes import.

Seramai 14 orang telah meninggal dunia akibat positif COVID-19 menjadikan kumulatif kes kematian setakat ini adalah 923 kes.

Pesakit yang sedang dirawat di ICU seramai 285 orang di mana seramai 131 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan.

Jumlah kes sembuh pada hari ini seramai 1,929 orang menjadikan kes sembuh keseluruhannya adalah 198,495 kes.