Malaysia Dateline

Kes baru 3,847, 12 mati dan 139 pesakit guna alat bantuan pernafasan

Terdapat 3,847 kes baharu harian dilaporkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes baharu positif COVID-19 sebanyak 238,721 kes.

Sebanyak 50,894 kes adalah kes aktif.

Daripada jumlah kes baharu itu sebanyak 3,843 kes adalah penularan dalam negara yang membabitkan 2,569 warganegara dan 1,274 bukan warganegara. 4 kes lagi adalah kes import.

Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) seramai 305 pesakit di mana 139 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Jumlah kematian terus bertambah 12 kes lagi pada hari ini menjadikan kes kumulatif sebanyak 857 kes.

Sebanyal 1,692 kes sembuh direkodkan hari ini menjadikan kumulatif kes sembuh setakat hari ini ialah 186,970 kes.

Bagaimanapun negeri Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 1,481 kes (38.5 peratus).

Daripada jumlah ini, sebanyak 1,1172 kes (75.4 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini