Malaysia Dateline

Kes baru 5,728 kes, 13 maut

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini memaklumkan jumlah kes baharu harian COVID-19 sebanyak 5,728 kes menjadikan kes kumulatif di negara mencecah 209,661 kes.

Pertambahan tiga kes berbanding semalam 5,725 kes membabitkan kes tempatan seramai 5,723 orang selebihnya lima orang adalah membabitkan kes import iaitu dua warganegara dan tiga bukan warganegara.

Sebanyak 47,388 kes adalah kes aktif.

Seramai 13 orang dilaporkan maut pada hari ini menjadikan kumulatif kematian seramai 746 orang.

319 pesakit COVID-19 menerima rawatan di ICU daripada jumlah itu seramai 120 orang memerlukan bantuan pernafasan.

3,805 pesakit direkodkan telah sembuh sepenuhnya menjadikan kumulatif kes sembuh dalam negara sebanyak 161,527 kes.