Malaysia Dateline

Kes baru 7,703 kes, Putrajaya catat satu kes hari ini

Kementerian Kesihatan Malaysia merekodkan sebanyak 7,703 kes baru pada hari ini menjadikan kumulatif kes positif COVID-19 seluruh negara setakat ini 587,165 kes.

Selangor masih mendominasi dengan jumlah 2,728 kes baru diikuti Kuala Lumpur sebanyak 701 kes.

Manakala Sarawak, Negeri Sembilan, Kelantan dan Johor mencatat angka lebih 500 kes pada hari ini.

Putrajaya hanya merekod satu kes sahaja.