Malaysia Dateline

Kes baru bertambah lagi kini 3,788, 15 mati

Pertambahan kes positif COVID-19 semakin ketara dan pada hari ini jumlah kes baharu 3,788 iaitu hampir mencecah 4000 kes.

Dengan jumlah yang baru ini menjadikan kumulatif kes setakat ini sebanyak 408,713 kes di mana 29,227 kes adalah kes aktif.

Sebanyak dua kes membabitkan kes import dan 3,786 kes adalah kes tempatan.

Jumlah pesakit di dalam ICU juga berlaku peningkatan di mana pada hari ini seramai 328 orang di mana
Jumlah kes kematian pada hari ini mencatat 14 kes yang menjadikan kumulatif kes kematia seramai 1,506 orang.

Kes kematian melibatkan enam kes di Selangor, lima kes di Sarawak, dua kes di Johor, dan satu kes di Negeri Sembilan.

Sebanyak 13 kes kematian pada hari ini melibatkan warganegara dan satu kes bukan warganegara.

Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 1,265 kes (33.4 peratus).

Daripada jumlah ini, sebanyak 1,030 kes (81.4 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat kes positif COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan.

Ini diikuti oleh Sarawak sebanyak 760 kes (20.1 peratus) dan Kelantan sebanyak 464 kes (12.3 peratus).
Sebanyak 42 kes (1.1 peratus).