Malaysia Dateline

Kes baru dan kes sembuh COVID-19 catat rekod baharu

Kes baharu hari ini paling tinggi pernah dilaporkan iaitu 4,275 kes begitu juga bagi kes sembuh juga paling tinggi tercatat iaitu 4,313 kes.

Kes positif harian tertinggi sebelum ini adalah pada 16 Jan 2021 iaitu 4,029 kes.

Ini menjadikan kumulatif kes sembuh di negara ini adalah 137,019 kes dan kumulatif kes positif pula ialah 180,455 kes.

Kes baharu positif hari ini membabitkan 4,264 dari tempatan manakala selebihnya iaitu 11 kes adalah dari kes import.

Kementerian Kesihatan Malaysia turut memaklumkan sebanyak 7 lagi kematian baharu dilaporkan menjadikan kumulatif kes kematian dalam negara adalah 667.

Jumlah pesakit yang dirawat di ICU pada hari ini seramai 260 orang manakala pesakit yang memerlukan bantuan alat pernafasan adalah 103 orang.