Malaysia Dateline

Kes baru masih melebihi angka 5,000

Kes baru positif COVID-19 pada hari ini tidak menunjukkan penurunan yang ketara berbanding semalam iaitu sebanyak 5,803 kes.

Penambahan kes baru hari ini menjadikan kumulatif kes setakat ini adalah 782,462 kes.

Negeri Perak menujukkan peningkatan kes baru yang ketara iaitu 137 kes berbanding semalam hanya 72 kes sahaja.

Negeri Sembilan dan Melaka juga menunjukkan berlaku peningkatan kes baru.