Malaysia Dateline

Kes baru naik lagi kini 2,551 kes

Kes baharu positif Covid-19 pada hari ini terus melonjak kepada 2,551 kes menjadikan jumlah kumulatif kes baru positif 370,528 kes manakala kes aktif direkodkan sebanyak 18,600 kes.

Daripada kes baru ini, sebanyak 2,522 kes adalah kes tempatan manakala selebihnya ada kes import.

Seramai 227 pesakit ditempatkan di ICU di mana 91 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan.

Dua kematian dicatatkan hari ini menjadikan kumulatif kes kematian 1,365 kes.

Negeri Sarawak melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 960 kes (37.6 peratus).

Daripada jumlah ini, sebanyak 892 kes (92.9 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat kes positif COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan.

Ini diikuti oleh Selangor sebanyak 590 kes (23.1 peratus) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 245 kes (9.6 peratus).