Malaysia Dateline

Kes baru naik semula kepada 6,239 kes

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan sebanyak 6,239 kes baru pada hari ini menjadikan kumulatif kes baru positif COVID-19 setakat ini sebanyak 633,891 kes.

Negeri Kelantan menunjukkan peningkatan kes harian hari ini kepada 340 kes berbanding semalam 204 kes, begitu juga di Kuala Lumpur berlaku pertambahan kes kepada 704 berbanding semalam 466 kes.

Selangor yang masih melakukan ujian saringan secara percuma terus meletakkan negeri itu paling banyak kes berbanding negeri lain, pada hari ini sahaja Selangor mencatat 2,291 kes baru berbanding semalam 1,524 kes.