Malaysia Dateline

Kes baharu melonjak kepada 4,498, seramai 22 meninggal dunia

Kes baru positif COVID-19 pada hari ini mencatat 4,498 kes iaitu melonjak hampir 1,000 kes berbanding semalam.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga melaporkan seramai 22 pesakit telah meninggal dunia hari ini.

Negeri Selangor turut mencatat kes tertinggi iaitu 1,424 kes diikuti Sarawak 750 kes dan Kuala Lumpur 436 kes.