Malaysia Dateline

Kes baru terus melonjak kepada 8,290 kes

Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) adalah 8,290 kes menjadikan kumulatif kes baru setakat ini 549,514 kes.

Sebanyak 72,823 kes aktif dilaporkan setakat ini.

808 pesakit COVID-19 masih memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 403 daripada mereka memerlukan alat bantuan pernafasan

Jumlah kes pada hari ini adalah 61 kes menjadikan jumlah keseluruhannya sebanyak 2,552 kes.

Kes kematian pada hari ini melibatkan 19 kes di Selangor, lapan kes di Negeri Sembilan, enam kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, lima kes di Kedah, masing-masing empat kes di Johor dan Sarawak, masing-masing tiga kes di Melaka dan Perak , masing-masing dua kes di Pulau Pinang, Kelantan, Wilayah Persekutuan Labuan, dan Terengganu, serta satu kes di Sabah.

Pecahan setiap negeri (Kumulatif):

Selangor – 2,052 (179,502)

Sabah – 308 (61,582)

Johor – 762 (56,993)

WPKL – 830 (56,862)

Sarawak – 698 (45,436)

Pulau Pinang – 421 (27,705)

Kelantan – 851 (25,574)

Negeri Sembilan – 520 (24,686)

Perak – 405 (19,895)

Kedah – 544 (17,555)

Melaka – 380 (11,192)

Pahang – 254 (8,903)

Terengganu – 207 (8,164)

WP Labuan – 6 (3,170)

WP Putrajaya – 44 (1,822)

Perlis – 8 (473)