Kes Bukit Kepong: Pendakwaraya rayu ke Mahkamah Tinggi

Kes Bukit Kepong: Pendakwaraya rayu ke Mahkamah Tinggi

 

 

 

 

 

 

 

Aminuddin ZulkifliMeskipun diputuskan oleh Mahkamah Sesyen Butterworth bahawa Mohamad Sabu tidak bersalah dalam kes Bukit Kepong pada Julai tahun lalu, pihak pendakwa raya walau bagaimanapun tidak berpuas hati dan telah merayu bagi mencabar keputusan tersebut.

Peguam beliau, Aminuddin Zulkipli yang juga merupakan Pengerusi Amanah Tanjung Malim mengesahkan perkara tersebut dan berkata, kes dirayu oleh pihak pendakwa raya dan dibawa ke Mahkamah Tinggi Pulau Pinang.

“Pendakwa raya telah merayu, tidak berpuas hati dengan keputusan mahkamah sebelum ini, dan pengurusan kes akan dijalankan pada Khamis, 21 April ini” katanya ringkas ketika dihubungi.

Sebelum ini Mahkamah Sesyen Butterworth memutuskan Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu, tidak bersalah atas dakwaan membuat kenyataan fitnah berkaitan serangan komunis di balai polis Bukit Kepong pada 1950.

Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes.

Mat Sabu didakwa mengeluarkan ucapan tersebut dalam satu ceramah di Pusat Asuhan Tadika Islam (Pasti) Al Fahmi, Markas Tarbiyah Pas Padang Menora, Tasek Gelugor dekat Butterworth pada 21 Ogos 2011.

TAGS