Malaysia Dateline

Kes buli pelajar di asrama dalam siasatan polis

Polis Perak hari ini sudah membuka kertas siasatan berhubung kejadian buli membabitkan pelajar lelaki yang berlaku di sebuah sekolah berasrama.

Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid mengesahkan kejadian itu berlaku di negeri ini dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

“Saya sahkan kejadian buli itu berlaku di negeri ini semalam dan kita baru sahaja menerima laporan mengenainya.

“Siasatan sudah dijalankan dan saya akan keluarkan kenyataan media nanti,” katanya dipetik Harian Metro.

Terdahulu, tularnya satu klip rakaman yang dimuat naik dalam laman media sosial, pelajar-pelajar tersebut yang juga penuntut sekolah berasrama mengepung seorang mangsa dan menumbuk perut mangsa sambal tertawa sesama mereka.

Ramai yang mengecam tindakan pelajar terbabit seolah-olah tidak mengambil iktibar dari kejadian buli sebelum ini yang ada dalam kalangan kes sehingga membawa kepada kehilangan nyawa.