Malaysia Dateline

Kes bunuh Jong-nam: Vietnam mahu Doan Thi Huang dibebaskan

Vietnam telah meminta Malaysia untuk membebaskan rakyatnya yang didakwa membunuh abang tiri pemimpin Korea Utara, Kim Jong-nam pada 2017, selepas mahkamah membebaskan Siti Aisyah yang turut didakwa atas pertuduhan tersebut.

Menteri Luar Vietnam, Pham Binh Minh telah berhubung dengan rakan sejawatnya, Datuk Saifuddin Abdullah meminta Malaysia melakukan perbicaraan adil dan membebaskan Doan Thi Huang,” kata kerajaan Vietnam dalam satu kenyataan seperti dipetik Agensi.

Siti Aisyah dibebaskan pada hari Isnin lalu selepas menggugurkan dakwaan ke atasnya.

Doan dan Siti Aisyah dituduh meletakkan agen saraf VX ke muka lelaki itu di klia2 pada 13 Februari 2017.

Kedua-dua wanita itu didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Ketika kejadian, mangsa sedang menunggu untuk daftar masuk penerbangan.

Minh berkata, pemimpin dan rakyat negara itu memberi perhatian kepada perbicaraan kes tersebut.

Perbicaraan ke atas Doan disambung pada Khamis ini.

Peguam kedua-dua wanita itu telah mengekalkan bahawa mereka diupah oleh agen Korea Utara.

Siti Aisyah dan Huong telah mengekalkan kenyataan bahawa percaya mereka telah diupah untuk mengambil bahagian dalam rancangan realiti televisyen