Kes seorang kakak baling pisau menyebabkan kematian adiknya masih menjadi topik hangat di media sosial, namun kita perlu tahu 3 elemen utama perlu ada dalam kes seperti ini iaitu ‘niat membunuh’.
Seorang peguam Liyana Marzuki menjelaskan tiga elemen utama perlu ada dalam kes bunuh iaitu;
1.Kena ada kematian (kalau takde mayat susah kes nak lekat);
2.Tertuduh ada NIAT nak membunuh; dan
3.Tindakan tertuduh yang sebabkan kematian si mati.
Jika bunuh dengan niat hukumnya gantung sampai mati (seksyen 302 Kanun Keseksaan) dan bunuh tanpa niat hukumnya 30 tahun penjara (seksyen 304 Kanun Keseksaan).
“Niat membunuh” itu katanya boleh dibuktikan melalui perancangan dan persediaan hendak melakukan pembunuhan.
Seperti kes Mona Fendi, ada bukti yang Mona Fendi buat persediaan awal untuk membunuh mangsa. Ritual membunuh itu dirancang banyak bulan sebelum itu. Makanya, gantung sampai matilah hukuman yang diterima.
Menurut beliau, ada juga kes yang tiada niat hendak membunuh, tetapi akhirnya menyebabkan kematian seperti kes Zulfarhan, pelajar Universiti Pertahanan Negara (UPNM) yang mati didera kawan-kawannya.
“Hukuman 18 tahun diberi kerana tidak dapat dibuktikan mereka berkomplot nak membunuh. Hanya nak mendera,” tambahnya.
Selain elemen niat, mahkamah juga akan lihat sekiranya ada provokasi yang dibuat oleh si mati. Contohnya kalau ada petengkaran atau pergaduhan sebelum pembunuhan.
“Tengok juga tu tindakan si mati. Ada ke cabar mencabar, dia sendiri ke provok-provok. Dalam keadaan ini, elemen niat atau rancangan tertuduh nak membunuh itu akan dipersoal. Kerana keadaan tak terkawal.
“Keadaan mental tertuduh juga akan dinilai, sama ada dia sedar yang tindakan dia boleh menyebabkan kematian.
“Kalau separa sedar sebab terlampau marah, atau tak langsung sedar seperti mabuk dan gila, Mahkamah boleh putuskan bahawa pembunuhan berlaku tanpa niat. Hukuman pun akan lebih ringan.
Dalam kes Kakak dan Adik ini seperti dilaporkan dalam dada akhbar mereka bergaduh berebut tempat duduk ketika balik sekolah.
Ketika pulang ke rumah juga, mereka saling mengejek dan kakak terus baling pisau kepada adik. Adik dikejarkan ke hospital dan diisytiharkan meninggal dunia beberapa jam selepas itu.
“Saya tak nak komen banyak sama ada kakak bersalah atau tidak. Kerana masih dalam penyiasatan polis. Kita pun tidak boleh mendahului mahkamah. Subjudis nanti.
“Cuma satu, perkara ini boleh terjadi pada siapa-siapa dan mana-mana keluarga. Elakkan diri daripada menghukum dan judgmental.
“Kita doakan yang terbaik untuk keluarga ini dan dipermudahkan urusan. Saya harapkan kakak ini diwakili peguam terbaik yang ambil kira kebaikan dia dan juga mangsa. Dan pengajaran kepada kita semua.
“Al-Fatihah buat adiknya. Moga Jannah tempatnya,” ujarnya.
Salam hormat,
Minggu ni kita dikejutkan dengan satu kes bunuh. Kes seorang kakak dituduh membunuh adiknya kerana berebut tempat duduk.
Kakak berumur 18 tahun, manakala adik berumur 16 tahun. Mereka anak pertama dan kedua daripada 5 adik beradik. Kes ini berlaku di Iskandar Puteri, Johor.