Kes calon Pas diperintah tangkap: Bola kini di kaki polis, kata bekas kadhi

Kini terserah kepada polis untuk menguatkuasakan perintah mahkamah tersebut, kata bekas kadhi Che Ibrahim.

“Bola kini dikaki polis”. Apakah badan penguatkuasa undang-undang itu akan menangkap atau tidak pihak yang bersalah, kata seorang bekas kadhi Che Ibrahim Mohamed dalam kes calon Pas diperintah tahan oleh mahkamah.

“Perintah pengkomitan/waran tangkap telah dikeluarkan oleh mahkamah syariah kepada polis kelmarin setelah pihak defendan gagal menjelaskan tunggakan nafkah anak seperti yang diperintahkan oleh mahkamah pada Januari 2018.

“Terserah kepada polis la bila nak pergi igat (tangkap),” kata Che Ibrahim.

Calon Pas Ketereh, Wan Ismail Wan Jusoh telah diperintahkan tangkap selepas gagal memberikan nafkah kepada anaknya sebagaimana diperintah oleh mahkamah.

Katanya, apabila seorang penghutang kehakiman, yakni sesaorang yang telah diperintah oleh mahkamah membayar sejumlah amaun kepada si pemiutang kehakiman seperti bayaran nafkah anak.

Mahkamah, kata beliau, boleh mengarahkan penghutang kehakiman tersebut membayar amaun yang telah diperintah pada tarikh tertentu atau memenjarakan si penghutang kehakiman tersebut jika gagal menjelaskannya.

Menurut Che Ibrahim, dalam kes calon Pas yang bertanding di P 026 Ketereh, beliau diarah oleh mahkamah syariah Kota Bharu atas persetujuan bersama membayar kepada ibu kanak kanak tersebut tunggakan nafkah anak yang telah diperintah oleh mahkamah semenjak tahun 2011 sebanyak RM78,000.

“Apa yang berlaku, si penghutang kehakiman telah membayar tunggakan tersebut dengan memasukkan amaun tersebut ke dalam akaun anaknya yang dibuka secara bersama dengannya sendiri.

“Ia menyebabkan wang tersebut tidak dapat dikeluarkan oleh penjaganya iatu bekas isterinya atau ibu kepada anak-anak tersebut,” katanya.

Oleh itu, katanya, tunggakan nafkah anak yang telah dipersetujui untuk dibayar telah tidak diterima dan tidak dapat dibelanjakan untuk tujuan nafkah anak anak tersebut.

Ini kerana hanya ayahnya (penghutang kehakiman yang dimaksudkan) sahaja yang boleh mengeluarkan wang tersebut.

“Oleh itu perintah mahkamah seolah olah telah tidak dipatuhi dan gagal diperolehi manfaatnya oleh si pemiutang kehakiman (ibu dan penjaga kepada anak anak tersebut),” jelas beliau.

 

9.0
OVERALL SCORE
: 7.0
2 user votes x 10.0
CATEGORIES
TAGS