Malaysia Dateline

Kes Covid-19 catat peningkatan, 4,262 kes hari ini

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan peningkatan kes positif Covid-19 hari ini sebanyak 4,262 kes berbanding 3,900 kes semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ini menjadikan keseluruhan kes positif dalam negara sebanyak 2,707,402 kes.

Daripada kes baharu yang dicatatkan hari ini, 4,226 kes merupakan penularan tempatan manakala 36 yang lain adalah kes import.

KKM juga merekodkan 4,985 kes sembuh hari ini menjadikan kumulatif kes dibenarkan discaj dan keluar wad sebanyak 2,620,147 kes atau 96.8 peratus.

Sementara itu, 383 kes ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU), dengan 198 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada 4,262 kes harian yang dilaporkan, 78 kes (1.8 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5.

Manakala 4,184 kes (98.2 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.