Malaysia Dateline

Kes Covid-19 global kini melebihi 5.5 juta

Jumlah kes jangkitan Covid-19 di seluruh dunia dicatatkan melebihi 5.5 juta semalam, menurut pemantauan yang dilakukan oleh John Hopskins Universiti di Amerika Syarikat (AS), lapor Anadolu Agency.

Data universiti tersebut menunjukkan jumlah kematian di seluruh dunia adalah sebanyak 346,300 orang, sementara mereka yang telah sembuh adalah seramai 2.23 juta orang.

Negara yang paling teruk dilanda pandemik Covid-19 adalah AS dengan 1.66 kes yang disahkan dan 98,200 kematian.

Brazil yang mempunyai jumlah terbesar kes Covid-19 serta jumlah kematian di Amerika Latin menduduki tempat kedua sebagai negara yang mempunyai jumlah kes tertinggi iaitu sebanyak 374,898 kes, diikuti Rusia dengan 353,427 kes dan UK dengan 262,547 kes.

China, tempat tercetusnya pandemik Covid-19, merekodkan 84,000 kes dengan 79,300 telah pulih. Jumlah kematian akibat Covid-19 di negara itu adalah 4,639 orang.

Covid-19 yang muncul dalam bulan Disember tahun lalu di China telah merebak ke 188 negara.