Malaysia Dateline

Kes Covid-19 kembali lebih 20,000, Sarawak catat hampir 3,000 kes

Jumlah harian positif Covid-19 kembali melebihi 20,000, apabila sebanyak 20,988 kes baharu dilaporkan hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata pertambahan kes itu menjadikan jumlah kumulatif kes di negara ini meningkat kepada 1,786,004 kes.

Tujuh negeri mencatat empat digit jangkitan baharu dengan Selangor kekal mendahului tertinggi, 4,073 kes.

Sementara itu, Sarawak mengalami lonjakan kes menghampiri 3,000 dengan 2,992 kes hari ini menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan Covid-19 di negeri itu sebanyak 121,964 kes.

Pecahan setiap negeri (kumulatif):

Selangor – 4,073 (611,779)
Sarawak – 2,992 (121,964)
Kedah – 2,455 (103,082)
Sabah – 2,329 (152,602)
Johor – 2,145 (142,785)
Pulau Pinang – 1,600 (89,853)
Kelantan – 1,247 (80,277)
Perak – 990 (69,982)
Terengganu – 987 (34,985)
Kuala Lumpur – 731 (174,543)
Pahang – 599 (45,447)
Melaka – 407 (49,274)
Negeri Sembilan – 301 (92,068)
Perlis – 90 (2,077)
Putrajaya – 37 (5,469)
Labuan – 5 (9,817)