Malaysia Dateline

Kes Covid-19 mencanak terus kepada 10,089 kes hari ini

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan 10,089 kes positif Covid-19 hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ini menjadikan kumulatif kes positif dalam negara sebanyak 2,914,220 kes.

Selangor mendahului kes positif tertinggi dengan 2,549 kes; Johor (1,582); Sabah (1,285); Kedah (904); Pahang (624); Pulau Pinang (542); dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (491).

Sementara itu Kelantan (471); Negeri Sembilan (464); Melaka (457); Perak (321); Terengganu (213); Wilayah Persekutuan Putrajaya (61); Sarawak (58); Perlis (44); dan WP Labuan (23).

Pada semalam, KKM merekodkan 14 kematian baru menjadikan keseluruhan kematian dalam negara sebanyak 32,025.

Daripada jumlah kematian baru yang dilaporkan iti, 9 kes meninggal sebelum sempat mendapatkan rawatan di hospital atau Brought-in-dead (BID).

Kes BID kini sebanyak 6,462.