Malaysia Dateline

Kes Covid-19 mencecah seratus ribu hari ini

Kes Covid-19 mencecah 100,000 hari ini apabila mencatatkan kes baharu sebanyak 1,581 menjadikan jumlah kes positif adalah 100,318 hari ini.

Kes sembuh hari ini adalah 1,085 menjadikan 81,099 pesakit Covid-19 sembuh manakala jumlah kematian adalah 446 dengan kes aktif adalah 18,773.

Jumlah kes baharu tempatan adalah 1579 kes manakala kes import dua kes.

Jumlah kematian baharu adalah dua, jumlah kes di ICU 102 kes manakala pesakit yang terpaksa menerima bantuan pernafasan adalah 45 kes.