Malaysia Dateline

Kes Covid-19 meningkat 5,413

Sebanyak 5,413 kes jangkitan baharu Covid-19 dikesan setakat tengah hari tadi.

Data terbaharu Kementerian Kesihatan (KKM) itu menunjukkan sedikit peningkatan berbanding kes positif baharu dilaporkan semalam iaitu sebanyak 5,143 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, yang berkongsi maklumat itu melalui media sosial, berkata ia menyumbang kepada jumlah kumulatif sebanyak 2,556,865 kes Covid-19 setakat ini.