Malaysia Dateline

Kes COVID-19 Pulau Pinang minima dan terkawal

Kes positif harian Covid-19 yang dilaporkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang masih lagi berada pada skala terkawal dan minima.

Demikian dinyatakan oleh Ketua Menterinya, Chow Kon Yeow susulan perkembangan semasa penularan wabak Covid-19 di Pulau Pinang.

Jelasnya, usaha pengesanan kontak rapat kepada pesakit akan dilaksanakan secara berterusan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang mengikut prosedur operasi standard (SOP) jabatan-jabatan terbabit bagi memastikan penularan Covid-19 tidak tersebar dengan meluas.

“Kes terbaru yang telah dikesan adalah dari kluster luar Pulau Pinang yang berbeza iaitu kluster Tawar, Kurau dan kluster Sivagangga.

” Sementara itu individu dalam siasatan adalah dari daerah yang berbeza iaitu Seberang Perai Selatan, Seberang Perai Tengah, Timur Laut dan Barat Daya dan tiada laporan mengenai kluster baru dari negeri ini.

” Sehubungan itu semua pihak perlu bertenang dan melaksanakan aktiviti harian seperti biasa dengan mengamalkan pemakaian pelitup mata, penjarakan fizikal serta menurut segala SOP yang ditetapkan oleh kerajaan,” ujar beliau.

Ia juga berkata orang awam dan pihak swasta harus bekerjasama bagi memastikan SOP dipatuhi
serta tidak menyalurkan maklumat yang tidak sahih dan tepat kepada umum.

Manakala itu tegasnya, pemilik premis mesti memastikan setiap pelanggan mematuhi segala SOP yang ditetapkan serta harus dipertanggungjawabkan seandainya didapati terdapat pelanggan yang memasuki premis tanpa kawalan dan pematuhan.