Kes Covid-19 terus melambung, MT Umno ulangi desakan tarik sahaja sokongan

Oleh ARIF ATAN

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mengulangi desakan agar partinya menarik sokongan daripada kerajaan Perikatan Nasional (PN) ekoran kes Covid-19 yang tidak menunjukkan penyusutan.

Walaupun Perdana Menteri yang juga Pengerusi PN mengumumkan siri darurat sejak 11 Januari lalu tetapi angka kes pandemik itu semakin meningkat dengan jumlah keseluruhan setakat semalam sudah mencecah 792,693 kes.

“Apa lagi? Apakah ini kejayaan? Pertahan apa lagi? Sokong apa lagi?” soalnya dalam hantaran di Facebook sebentar tadi.

Baca Artikel Penuh