Malaysia Dateline

Kes gaduh bawa parang di Sarawak bukan isu perkauman

Kes pergaduhan di Padawan, Sarawak, yang membabitkan sekumpulan lelaki, dengan seorang daripada mereka mengeluarkan parang, yang menjadi tular di media sosial hari ini, bukanlah isu perkauman, sebaliknya ia berkaitan kes penipuan, kata Ketua Polis Negara Datuk Seri Abdul Hamid Bador.

“Saya menyeru kepada orang ramai agar jangan cepat percaya hasutan dengan mengatakan kejadian itu berbaur perkauman, sebaliknya ia berlaku secara kebetulan.

Mohon tentukan faktanya sebelum terpengaruh, pihak polis sedang menjalankan siasatan dan memburu individu yang mengeluarkan parang dalam kes gaduh itu,” katanya kepada Bernama.

Katanya polis sedang berusaha mengesan individu yang membawa parang kerana tindakan itu merupakan satu ugutan jenayah, satu kesalahan undang-undang di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan. — BERNAMA