Kes gaji besar macam Irwan Siregar tidak akan berulang, kata Azmin

Kes gaji besar macam Irwan Siregar tidak akan berulang, kata Azmin

Menteri Pembangunan Ekonomi Mohamed Azmin Ali memberi jaminan tidak akan berlaku lagi pejawat awam menerima gaji sebagaimana bekas Setiausaha Perbendaharaan , Tan Sri Dr Mohd Irwan Siregar Abdullah.

Katanya, tidak akan ada lagi penjawat awam yang menerima gaji mewah kerana kedudukan mereka dalam lembaga pengarah syarikat berkaitan kerajaan (GLC), seperti bekas ketua setiausaha perbendaharaan itu.

Ahli Parlimen Gombak itu menambah kejadian seperti yang melibatkan Irwan yang memegang jawatan dalam 23 syarikat Kementerian Kewangan Diperbadankan (MoF Inc) sehingga menerima upah RM3,867,667.92 tidak akan berulang.

Pada Rabu Bernama melaporkan, pendapatan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah dari Januari 2011 sehingga Jun 2018 adalah sebanyak RM2.94 juta.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata jumlah gaji tersebut diterima ketika Mohd Irwan memegang jawatan Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Dasar) dari 31 Dis, 2010 dan jawatan Ketua Setiausaha Perbendaharaan bermula 24 Ogos 2012 hingga 13 Jun 2018.

COMMENTS

Wordpress (0)