Malaysia Dateline

Kes hamil luar nikah: Paling muda 16 tahun, ramai pemegang diploma dan ijazah sarjana muda

Rata-rata remaja hamil luar nikah di sebuah rumah perlindungan di Ampang merupakan pemegang diploma dan ijazah sarjana muda berusia di bawah 26 tahun.

Paling muda terjerat dengan cinta teman lelaki yang tidak takut dosa besar sehingga sanggup menyerahkan tubuh adalah remaja seawal usia 16 tahun.

Sejak 2011, Bayt al-Rahmah telah didatangi seramai 219 remaja hamil luar nikah untuk mendapatkan bantuan dan kaunseling.

Menurut pengurus rumah itu, Siti Nur Sakinah Ahmad Budiman, lazimnya mereka dihantar oleh keluarga ketika kandungan berusia kira-kira enam bulan dan berlindung di situ sehingga mereka bersalin.

Pada masa ini, jelasnya, separuh daripada 15 kes hamil luar nikah yang direkodkan di pusat perlindungan itu adalah dalam kalangan lepasan institusi pe­ngajian tinggi (IPT) awam dan swasta.

Ujarnya, kes hamil luar nikah meningkat mendadak sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hingga ada beberapa permohonan yang terpaksa ditolak.

“Paling merisaukan, purata pelatih hamil yang bermasalah kesihatan mental turut meningkat daripada satu kes kepada empat kes dalam satu-satu masa,” dipetik Mingguan Malaysia.

Baca juga Dulu jual ikan kering dan sayur, sekarang jadi syarikat teknologi gergasi

Baca juga Didakwa terima ugutan bunuh – Wartawan pro LGBTQ mati di Qatar