Malaysia Dateline

Kes hari ini 14,554, 6 negeri catat empat angka

Kementerian Kesihatan Malaysia hari ini merekodkan sebanyak 14,554 kes baru positif Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini adalah 2,171,232 kes.

Kes tempatan sebanyak 14,545 kes membabitkan 13,262 warganegara (91.2%) dan 1,283 bukan warganegara (8.8%).

Daripada kes hari ini 163 kes (1.1 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5, sebanyak 14,391 kes (98.9 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Manakala kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) seramai 1,049 orang di mana seramai 599 pesakit memerlukan bantuan pernafasan.

Pecahan setiap negeri (Kumulatif):

Selangor – 2,244 (668,251)
Sarawak – 2,825 (193,434)
Sabah – 1,273 (192,224)
Johor – 1,807 (187,938)
WPKL – 271 (184,522)
Kedah – 908 (130,242)
Pulau Pinang – 1,231 (124,880)
Kelantan – 910 (108,504)
Perak – 1,144 (96,832)
Negeri Sembilan – 157 (96,385)
Pahang – 598 (60,558)
Melaka – 401 (56,426)
Terengganu – 690 (51,542)
WP Labuan – 0 (9,945)
WP Putrajaya – 30 (6,000)
Perlis – 65 (3,549)