Malaysia Dateline

Kes harian Covid-19 di Sarawak naik 607

Sarawak terus merekodkan kes harian tertinggi hari ini apabila sebanyak 607 dicatatkan berbanding Jumaat lepas 555.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, dengan jumlah yang dicatatkan itu, ia menjadikan keseluruhan kes di Sarawak setakat ini mencecah 20,959.

Kata JPBN, daripada 607 kes baharu itu, Bintulu telah merekodkan kes tertinggi dengan 130, diikuti Kuching (106), Sibu (106), Mukah (52), Miri (49), Kapit (33), Meradong (29), Saratok (23), Samarahan (14), Sarikei (14), Betong (8), Bukit Mabong (8), Selangau (8), Subis (8), Dalat (5), Kanowit (3), Matu (3), Julau (2), Serian (2), Sri Aman (2), Asajaya (1) dan Beluru (1).

“Jumlah kes hari ini yang paling tinggi dilaporkan di Pusat Latihan Polis Sarawak (PULAPOL) iaitu 61 kes dan mereka ditempatkan di dalam pusat latihan yang mana keadaan adalah terkawal,” jelas JPBN dalam satu kenyataan.

JPBN turut memaklumkan Sarawak juga merekodkan empat kematian menjadikan jumlah terus meningkat kepada seramai 128 orang.