Malaysia Dateline

Kes kematian Covid-19, bilangan pesakit di ICU bertambah

Angka baharu kematian Covid-19 bertambah kepada 19 kes berbanding 17 kes semalam menjadikan jumlah kumulatif kematian sebanyak 1,610 kes.

Dalam masa sama, bilangan pesakit Covid-19 yang sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) juga meningkat kepada 354 kes berbanding 328 pesakit yang dilaporkan semalam.

Sehingga jam 12 tengah hari tadi juga, seramai 199 pesakit masih memerlukan alat bantuan pernafasan.

Angka kes di ICU hari ini antara 33,762 kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 iaitu 7.89 peratus daripada jumlah 427,927 kes keseluruhan.

Sementara itu, terdapat 2,709 kes sembuh dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan kes sudah pulih sepenuhnya daripada Covid-19 ialah sebanyak 392,555 kes atau 91.73 peratus.