Malaysia Dateline

Kes Khairuddin: Bola kini di kaki polis dan Peguam Negara

Bola kini terletak di kaki Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Peguam Negara untuk menentukan ke mana kes menteri dari Pas, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali hendak dibawa.

Bagi wartawan veteran, Datuk A. Kadir Jasin, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengenakan hukuman kompaun maksimum yang boleh dibuat oleh mereka.

“Menteri ingkar kuarantin sudah dikompaun maksimum oleh KKM. Kita tengok pula tindakan PDRM dan Peguam Negara,” tulis bekas Penasihat Media Perdana Menteri itu.

Sebelum ini Bernama melaporkan, Bukit Aman telah membuka kertas siasatan terhadap Khairuddin yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus itu kerana gagal mematuhi kuarantin wajib di rumah.

Timbalan Pengarah Siasatan dan Perundangan, Jabatan Siasatan Jenayah, DCP Mior Faridalathrash Wahid berkata, sehingga kenyataan beliau itu, 27 laporan polis diterima di seluruh negara berhubung perkara berkenaan.