Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Kes lucut hak harta Najib, Rosmah didengar 11 Mac

Kes lucut hak harta Najib, Rosmah didengar 11 Mac

Oleh BERNAMAFebruary 19, 2020 5:33 pm




Mahkamah Tinggi hari ini menangguhkan pendengaran permohonan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor serta firma barang kemas Global Royalty Trading SAL untuk mendapatkan gambar serta membuat pemeriksaan fizikal terhadap harta yang disita daripada premis milik Obyu Holdings Sdn Bhd, ke 11 Mac depan.

Harta yang disita daripada premis milik Obyu Holdings bernilai RM680 juta itu didakwa mempunyai kaitan dengan skandal penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Muhammad Jamil Hussin menetapkan tarikh itu selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya Fatnin Yusof yang memaklumkan mahkamah bahawa pihak pendakwaan memerlukan lebih masa untuk memfailkan afidavit balasan berhubung permohonan itu.

Dalam prosiding itu, Najib diwakili peguam Nur Fazreen Hazrina Rahim manakala Rosmah diwakili peguam Iskandar Shah Ibrahim dan peguam Datuk David Gurupatham serta peguam Datuk Kamarul Hisham Kamaruddin masing-masing bertindak bagi pihak Global Royalty dan Obyu Holdings.

Dalam notis usul yang difailkan terhadap Obyu Holdings, kerajaan antaranya menyita sebanyak 11,991 unit barang kemas, 401 utas jam tangan dan 16 unit aksesori jam tangan, 234 unit cermin mata dan 306 beg tangan serta wang tunai berjumlah RM114,164,393.44 dalam pelbagai denominasi.

Sebahagian besar barangan mewah yang dirampas polis dilaporkan dari pangsapuri yang dimiliki oleh Obyu Holdings selain sebuah hartanah di daerah Kuala Lumpur yang turut disita pada 1 Nov 2018.

Pihak pendakwaan selaku pemohon memfailkan permohonan lucut hak harta Obyu Holdings yang dinamakan sebagai responden mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.

Bagaimanapun Najib, Rosmah dan Global Royalty selaku pihak ketiga memohon untuk mendapatkan gambar serta membuat pemeriksaan fizikal terhadap harta-harta tersebut.

— BERNAMA

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 






widget-image
widget-image

Popular

Peniaga pisang goreng anggap timbalan menteri “agak kurang sopan”

Bukan setakat 2 kolam, 100 kolam pun Pas sanggup masuk

Annuar sahkan Anwar cukup sokongan jadi PM?

Rakyat Kelantan bina jambatan guna batang kayu, duit kerajaan negeri beli Mercedes Benz

PENDAPAT: PN bercempera pun salah DAP

Terkini

Darurat mesti cepat bukan lambat

Not all politicians are humble, but this one is

Solidariti pemimpin DAP hulur bantuan pasca banjir Pahang

“Yang mana mau ikut, Menteri Kanan atau Menteri Wilayah”

Pemuda Umno edar ayam percuma dikecam, bimbang wujud ‘Kluster Ayam Beku’

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production