Kes Bukit Kepong: Mahkamah bebaskan Mat Sabu tolak rayuan pendakwaraya

Kes Bukit Kepong: Mahkamah bebaskan Mat Sabu tolak rayuan pendakwaraya

Mahkamah Tinggi Pulau Pinang mengekalkan keputusan membebaskan Presiden Amanah Mohamad Sabu daripada dua tuduhan memfitnah berhubung tragedi serangan komunis di Balai Polis Bukit Kepong, pada 1950.

Mahkamah Tinggi Pulau Pinang mengekalkan keputusan membebaskan Presiden Amanah Mohamad Sabu daripada dua tuduhan memfitnah berhubung tragedi serangan komunis di Balai Polis Bukit Kepong, pada 1950.

Ketika membacakan penghakimannya, Hakim Lim Chong Fong mengekalkan sabitan tidak bersalah Mahkamah Sesyen Butterworth dan menolak rayuan pendakwaraya.

Mohamad yang juga bekas timbalan presiden Pas didakwa memfitnah anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan balai polis Bukit Kepong berhampiran Muar daripada serangan gerila komunis Malaya pada 23 Februari 1950.

Beliau didakwa melakukan kesalahan itu ketika berucap di Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) Al-Fahmi, Markas Tarbiah Pas Padang Menora, Tasek Gelugor pada 21 Ogos 2011.

Sehari selepas  Mohamad dibebaskan daripada tuduhan oleh Mahkamah Sesyen, Ketua Unit Pendakwaraya Pulau Pinang Razali Che Ali telah memfailkan rayuan ke Mahkamah Tinggi pada 9 Julai 2015.   

Mohamad ketika ditemui merakamkan penghargaan kepada pasukan peguambela yang diketuai Hanipa Maidin, Aminudin Zulkifli dan Nasar Khan serta para pembantu mereka.

Beliau turut mengucapkan penghargaan kepada sahabat handai yang sudi meluangkan masa menghadiri perbicaraan dan menyatakan sokongan.

“Tidak lupa juga sokongan dan doa daripada semua ahli, penyokong dan mereka yang prihatin. Moga Allah terus rahmati kita semua untuk terus melawan kezaliman dan penindasan,” ujar beliau.

TAGS