Malaysia Dateline

Kes mencanak, Pemuda AMANAH gesa tutup kilang di 3 negeri

Berikutan berlaku peningkatan kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian yang paling tinggi di negara hari ini, Pemuda AMANAH menunut agar kerajaan bertindak menutup kilang di Wilayah Persekutuan, Selangor dan Negeri Sembilan.

Pemuda AMANAH dari ketiga-tiga negeri ini menggesa kerajaan bersikap telus dalam berkongsi maklumat berkenaan peratus positif daripada jumlah kes yang diuji seharian.

Selain itu, Pemuda AMANAH juga meminta kerajaan lebih mengutamakan kesihatan dan nyawa rakyat berbanding kuasa politik

“Kami juga Mendesak Menteri Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, YB Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali agar meletakkan jawatan,” katanya.

Dalam kenyataan bersama Ketua Pemuda AMANAH Wilayah Persekutuan Asmaaliff Abdul Adam, Pemuda AMANAH Negeri Sembilan Mohd Hanis Alimin, dan Tim. Ketua Pemuda AMANAH Negeri Selangor Raja Muhammad Firdaus menzahirkan rasa bimbang jumlah kes yang belum diuji sebenarnya jauh lebih tinggi.

“Memandangkan jumlah ujian per harian masih rendah terutama di negeri yang mencatatkan jumlah harian 4 digit iaitu Selangor, Wilayah Persekutuan dan Negeri Sembilan.

“Lesen pengoperasian kilang yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan adalah sebagaimana yang tertakluk di bawah Akta 171 sahaja dan tidak melibatkan hal ehwal kesihatan berkenaan pencegahan dan kawalan penyakit berjangkit yang mana undang-undang kesihatan berkenaan hal itu dikuatkuasakan oleh Kerajaan Persekutuan melalui Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 iaitu Akta 342.

“Harus diingatkan pindaan di atas bukan bermaksud Pihak Berkuasa Tempatan mempunyai kuasa untuk menutup kilang,” katanya.

Justeru katanya, pindaan itu dibuat bagi membolehkan Pegawai Kesihatan Persekitaran di Pihak Berkuasa Tempatan membantu menjalankan penguatkuasaan SOP dan arahan Kerajaan Persekutuan.

“Kuasa tersebut masih di bawah Kerajaan Persekutuan,” ujarnya.

Kes seharian yang paling tinggi dalam negara pada semalam sebanyak 11,079 dan hari ini sebanyak 11,628.