Malaysia Dateline

Covid-19: Melambung lagi 7,478 kes, 63 orang maut

Jangkitan baharu Covid-19 naik lagi pada hari ini kepada 7,478 kes berbanding semalam iaitu 7,289 kes.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan pertambahan kes baharu ini menjadikan kumulatif kes setakat ini sebanyak 533,367 kes.

Beberapa negeri menyaksikan peningkatan kes baharu sebanyak 206 kes di Kedah di mana semalam mencatat 336 kes, hari ini pula sebanyak 542 kes.

Kelantan mencatat 547 kes pada hari ini berbanding semalam iaitu 425 kes dan Kuala Lumpur pula 760 kes baru pada hari ini berbanding semalam 604 kes.

Kedua-dua negeri memperlihatkan peningkatan kes baharu melebihi 100 kes hari ini.

Sebanyak 63 kes kematian termasuk 6 bukan warganegara dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes kematian sebanyak 2,432.

Kes kematian hari ini melibatkan 24 kes di Selangor, sembilan kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, masing-masing lapan kes di Johor dan Kedah, lima kes di Perak, tiga kes di Melaka, masing-masing dua kes di Sarawak dan Negeri Sembilan, serta masing-masing satu (1) kes di Sabah dan Pahang.

Dalam pada itu, seramai 756 pesakit berada dalam ICU di mana 377 daripada mereka memerlukan alat bantuan pernafasan