Malaysia Dateline

Kes Najib cetus idea buat kartunis berkarya

Datuk Seri Najib Razak yang berdepan dengan kesalahan menyeleweng RM42 juta dana milik SRC International Sdn Bhd dilihat mencetuskan idea kepada kartunis untuk berkarya.

Aktivis dan pereka grafik, Fahmi Reza sejak kelmarin berkongsikan karikatur sebagai kulit album piring hitam dengan kapsyen ‘Menghitung Hari’.

Secara sinis, Fahmi meletakkan imej sebuku sabun jenama Lux sebagai barangan percuma bagi setiap pembelian album sementara stok masih ada.

Sementara itu, kartunis Zunar atau nama sebenarnya Zukiflee Anwar Haque tampil dengan karya yang sudah terang lagi bersuluh.

Semalam, Zunar memuatnaik karya ‘tajamnya’ itu di Facebook rasminya dengan tertera ungkapan “Road To Sungai Buloh”.

Karikatur itu memperlihatkan sosok individu berpakaian malah lengkap bersongkok jalur belang hitam putih yang sinonim dengan imej banduan di penjara.

Baca juga Fahmi akui cepat dapat amaran di TikTok, mungkin ada kaitan Undi 18?

Baca juga Pemanasan global makin serius, Ikon Ais Kutub Utara lihat sendiri banyak bongkah ais pecah dan hancur