Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Kes orang disyaki COVID-19 terus meningkat di Sarawak

Kes orang disyaki COVID-19 terus meningkat di Sarawak

Oleh MAHDAR BUJANGMarch 7, 2020 1:50 pm




Sebanyak 18 kes terbaharu orang yang disyaki (PUI) Koronavirus (COVID-19) dicatatkan di Sarawak semalam.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, daripada jumlah itu, 16 kes direkodkan di Hospital Umum Sarawak (HUS), manakala masing-masing satu di Hospital Sibu dan Bintulu.

Jelas kenyataan itu, dengan jumlah teesebut, ia menjadikan kes PUI di Sarawak dari 10 Januari sehingga hari ini kepada 195 kes yang mana 167 daripada jumlah itu didapati negatif.

“Manakala, 28 kes lagi masih menunggu keputusan ujian makmal iaitu 22 kes di HUS, tiga di Hospital Miri, dua di Hospital Bintulu dan satu di Hospital Sibu,” ujar kenyataan itu di Kuching hari ini.

Sementara itu, Jabatan Kesihatan Negeri mengimbas 14,797 pelawat yang tiba di beberapa lapangan terbang, pintu masuk darat dan laut di seluruh negeri setakat 12 tengah hari pada Isnin, dan menjadikan jumlah diimbas ialah 368,122 orang sejak 1 Februari.

Justeru, pihaknya menasihati mereka yang merancang untuk melancong ke negara yang terjejas wabak itu seperti China (termasuk Hong Kong, Macau), Taiwan, Korea, Jepun, Itali dan Iran untuk menangguhkan perjalanan mereka terlebih dahulu.

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

‘Pas ikut sunnah Trump, kalah pilihan raya tapi mahu jadi kerajaan’

RM35 juta mungkin dah boleh buat lebih 6 buah masjid, kata DAP

Husam potong elaun Senator bermula gaji Januari bantu frontliner

Pemuda Pas jelas tidak menghormati PKP

Covid-19: Tengok orang mati depan mata, pesakit mengelupur bekalan oksigen dibuka

Terkini

Proklamasi Darurat, rakyat dan teori pusaran keheningan

PN guna duit cukai bayar iklan puji diri

Dr Dzul, Saifudin dan Loke wakil PH dalam JK Bebas nilai Darurat

AMK sambut baik pakej rangsangan Kita Selangor

Wajibkan ujian saringan sebelum mahasiswa pulang ke kampus

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production