Malaysia Dateline

Kes positif COVID-19 di Malaysia cecah lebih 10,000

Perkembangan pendemik COVID-19 di dalam negara hari ini adalah 62 kes baharu yang telah direkodkan menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 10,031 kes.

Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 668 kes, mereka telah diasingkan dan
diberi rawatan.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Tan Sri Dr Noor Hiham Abdullah, daripada 62 kes baharu yang dilaporkan, satu kes adalah kes import yang telah mendapat jangkitan di luar negara iaitu seorang warganegara Malaysia yang pulang dari negara India.

“Daripada 61 kes penularan di dalam negara, 41 kes adalah warganegara Malaysia dan 20 kes adalah bukan warganegara.

“Sehingga kini, terdapat 15 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana tiga kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya.

Bagaimanapun katanya tiada pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 128 kes (1.28 peratus daripada
jumlah keseluruhan kes).