Malaysia Dateline

Kes positif Covid-19 di Sarawak terus melonjak

Kes positif Covid-19 di Sarawak terus melonjak apabila merekodkan sebanyak 166 kes baharu semalam.

Ia sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 di negeri ini ialah sebanyak 1,740.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, sebanyak 166 kes baharu telah dikesan di Daerah Sibu (94), Miri (48), Kuching (15), Beluru (4), Bintulu (3), Belaga (1) dan Samarahan (1).

Kata JPBN, bagi 94 kes di Daerah Sibu ia terbahagi kepada 88 kes baharu yang disaring melibatkan Kluster Pasai dan empat kes pula melibatkan kontrak kepada kes positif Covid-19.

“Di Miri, 48 kes terbahagi kepada tujuh kes yang disaring selepas balik dari kawasan berisiko iaitu di Kelantan (2) Kuala Lumpur (2) Labuan (1), Melaka (1) dan Selangor (1).

“Manakala 15 kes yang direkodkan di Kuching merupakan mereka yang baharu balik dari kawasan berisko iaitu Selangor (5), Kuala Lumpur (2), Kedah (1), Sabah (1)kes dan Negeri Sembilan (1).

“Dua kes lagi melibatkan Kluster Stutong (1) dan Kluster Keranji Tabuan (1),” jelas JPBN dalam satu kenyataan.

Ujar JPBN, di Sarawak terdapat tujuh kluster yang masih aktif iaitu Kluster Bukit Sekubong (Sebauh), Kluster Jelita (Miri), Kluster Pasai (Sibu), (Kluster Keranji Tabuan (Kuching), Kluster Bah Sayap (Miri), Kluster Stutong (Kuching), dan Kluster Mador (Meradong).

“Daerah Kuching, Sibu dan Miri kekal sebagai status Zon Merah dengan sejumlah 449 kes dicatatkan. Daerah Sebauh pula berstatus Zon Jingga dengan 21 kes,

“Daerah Beluru, Dalat Selangau, Sebauh, Samarahan, Sri Aman, Bukit Mabong, Meradong, Bintulu serta Limbang kekal Zon Kuning dengan jumlah keseluruhan 34 kes sementara 27 daerah lain kekal berstatus Zon Hijau,” tambah JPBN lagi.