Malaysia Dateline

Kes positif COVID-19 terus melonjak kepada 317 kes, satu kematian

Wabak COVID-19 dalam terus melonjak hari ini kepada 317 kes baharu menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 12,088 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 1,735 kes, mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Katanya, kesemua 317 kes adalah kes penularan di dalam negara yang melibatkan 303 kes dalam kalangan warganegara dan 14 kes bukan warganegara.

“Daripada 317 kes tersebut, sebanyak 37 kes merupakan pengunjung yang pulang dari Sabah. Ini menjadikan jumlah kes dilaporkan mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah sejak 20 September 2020 sebanyak 176 kes,” katanya.

Dalam ada itu, beliau turut memaklumkan negeri Sabah terus mencatat kes tertinggi hari ini iaitu 155 kes
diikuti Kedah (102), Selangor (32), Terengganu (9), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (4), Johor (4), Sarawak (3), Pulau Pinang (3), Kelantan (2), Wilayah Persekutuan Putrajaya (2) dan Negeri Sembilan (1).

Sehingga kini, katanya terdapat 29 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana empat kes memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, katanya, terdapat pertambahan satu kes kematian berkaitan COVID-19.

“Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 137 kes (1.13 peratus daripada jumlah keseluruhan kes),”katanya.

Kes kematian ke-137 katanya (iaitu kes ke-10939) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 57 tahun yang mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi dan dislipidemia.

“Kes mula mengalami gejala batuk, kurang selera makan, dan demam sejak 10 September 2020. Pada 24 September 2020, kes mengalami sesak nafas dan telah dibawa ke Jabatan Kecemasan Hospital Semporna,” katanya.