Kes RM42 juta: Najib sakit kaki hari kelima perbicaraan

Kes RM42 juta: Najib sakit kaki hari kelima perbicaraan

Perbicaraan hari kelima bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa atas tujuh pertuduhan salah guna jawatan, pecah amanah dan menerima hasil aktiviti haram berjumlah RM42 juta membabitkan dana syarikat SRC International Sdn. Bhd. bersambung hari ini.

Bekas Pengerusi BN itu tiba di bangunan Mahkamah Kuala Lumpur menaiki kereta Proton Perdana berplat nombor TN 50 pada pukul 8.47 pagi.

Najib hari ini menaiki kereta Proton Perdana berplat nombor TN 50.

Sejurus keluar dari kereta dinaikinya, bekas Menteri Kewangan itu berkata kepada penyokongnya, “Kaki sakit, semalam exercise (bersenam).”

Kes Ahli Parlimen Pekan tersebut akan didengar hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali dan perbicaraan pagi ini dijangka bermula dengan keterangan oleh dua saksi, antaranya Nimma Safira Khalid.

Beliau ialah pegawai bank dengan Affin Bank Berhad yang menyerahkan dokumen bank berkenaan anak syarikat SRC International, Ihsan Perdana Sdn Bhd kepada penganalisis Jabatan Perisikan Kewangan dan Penguatkuasaan Bank Negara Mohammad Nizam Yahya ketika serbuan bank pusat di bank perdagangan itu di Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur, 6 Julai 2015.

Kes perbicaraan berprofil tinggi ini kali pertama berlaku pada bekas Perdana Menteri Malaysia.