Malaysia Dateline

Kes sembuh 2,230 mengatasi kes baru 2,068

Kes harian baharu sebanyak 2,068 kes telah dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia sebanyak 115,078 kes.

Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 23,433 kes.

Daripada jumlah kes baharu berkenaan, terdapat dua kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara manakala penularan COVID-19 dalam negara pula adalah sebanyak 2,066 kes.

Sehingga kini, terdapat 126 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 54 kes
memerlukan bantuan pernafasan.

Terdapat pertambahan tiga kes kematian COVID-19 pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 474 kes (0.41 peratus daripada jumlah keseluruhan kes)

Bilangan kes sembuh COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 2,230 kes menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada COVID-19 adalah sebanyak 91,171 kes (79.2 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).