Malaysia Dateline

Kes sembuh lebih tinggi daripada kes baharu masuk hari ketiga

Sebanyak 3,638 kes sembuh daripada jangkitan Covid-19 berbanding 3,048 kes positif dilaporkan hari ini.

Rekod itu sekali gus menyaksikan tiga hari berturut-turut kes sembuh lebih tinggi daripada kes baharu.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kumulatif kes Covid-19 sebanyak 186,849 kes.

Terdapat 41,076 kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 di negara ini termasuk 261 pesakit menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) dengan 101 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan,

Dalam masa sama, 11 lagi kes kematian dilaporkan menjadikan keseluruhan kes kematian meningkat kepada 689 kes iaitu 0.4 peratus.