Status terkini COVID-19 dalam negara sejak akhir-akhir ini menunjukkan kes sembuh mengatasi kes baharu harian.
Kes sembuh pada hari ini sebanyak 4,889 menjadikan kumulatif kes sembuh adalah 239,971 kes.
Manakala kes baharu positif COVID-19 pada hari ini sebanyak 2,936 kes melibatkan 2,919 kes penularan tempatan dan 17 kes import menjadikan kumulatif kes baharu adalah 277,811 kes.
Seramai 13 pesakit COVID-19 dilaporkan meninggal dunia menjadikan kumlulatif kematian setakat ini adalah 1, 043 kes
220 pesakit masih dirawat di dalam ICU di mana seramai 104 orang memerlukan alat bantuan pernafasan.