Kes terus melonjak 9,180 kes tertinggi semenjak COVID-19 melanda negara

Oleh NASUHA RAHMAN

Kes baharu positif COVID-19 terus menunjukkan peningkatan dan hari ini angka 9,180 kes baru yang dilaporkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) adalah angka tertetinggi sejak pendemik melanda negara ini.

Negeri Selangor sahaja menunjukkan kes baru paling tinggi iaitu 4,400 kes diikuti Kuala Lumpur sebanyak 1,271 kes dan Negeri Sembilan 899 kes baru.

Pertambahan kes baru ini menjadikan kumulatif kes baru setakat ini 817,838 kes.