Malaysia Dateline

Kes terus meningkat, 23,564 kes hari ini

Malaysia mencatat peningkatan kes positif untuk tiga hari berturut-turut apabila pada hari ini juga menunjukkan rekod tertinggi iaitu 23,564 kes menjadikan kumulatif kes 1,513,024 kes.

Semalam negara mencatat 22, 948 kes manakala kelmarin pula 22, 242 kes.

Hari ini, negeri Sarawak menunjukkan peningkatan kes yang ketara iaitu 2,548  kes berbanding semalam 1.206 kes.

Pecahan setiap negeri (Kumulatif):

Selangor – 6,974 (545,120)
WPKL – 1,652 (162,302)
Johor – 1,323 (117,990)
Sabah – 2,738 (116,667)
Sarawak – 2,548 (94,564)
Negeri Sembilan – 608 (87,443)
Kedah – 1,932 (78,008)
Pulau Pinang – 1,523 (67,882)
Kelantan – 1,281 (63,514)
Perak – 1,248 (56,134)
Melaka – 610 (43,196)
Pahang – 517 (37,018)
Terengganu – 521 (27,131)
WP Labuan – 1 (9,760)
WP Putrajaya – 24 (5,040)
Perlis – 64 (1,255)