Tiga hari lagi tempoh PKP 3.0 sama ada akan beralih kepada fasa kedua atau tidak ia bergatung kepada kes baru harian positif COVID-19.
Berdasarkan garis panduan yang dikeluarkan, jika kes baru tidak menunjukkan penurunan bawah 4,000 kes bermakna PKP 3.0 kekal di fasa pertama.
Semalam dan hari ini, kes baru tidak menunjukkan penurun yang ketara di mana masih mencatat dekat 6,000 kes sehari iaitu 5,812 kes pada hari ini dan 5,841 kes pada semalam.
Susulan itu, Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pula menerima komen ‘tutup kilang’ bertalu-talu oleh netizen selepas berkongsi pecahan kes baru COVID-19.
Setakat ini, sebanyak 14,000 komen yang ditinggalkan netizen hampir kesemuanya meminta ‘tutup kilang’ dengan tulisan huruf besar.