Malaysia Dateline

Kes ugut rider sebab lambat hantar makanan: Kakitangan IPT swasta dikenakan tindakan disiplin

Sejak minggu lalu tersebar di media sosial berhubung kes seorang penghantar makanan (rider) diugut untuk dibuang kerja oleh salah seorang kakitangan Institut Pengajian Tinggi (IPT) swasta.

Kakitangan IPT berkenaan mendakwa institut itu bekerjasama dengan Grab dan bila-bila masa sahaja rider tersebut boleh dibuang kerja.

Kejadian berlaku difahamkan apabila kakitangan itu yang juga merupakan pelanggan Grab, telah silap pin lokasi menyebabkan rider tidak dapat menjumpai lokasi tepat yang ditetapkan pelanggannya itu.

Disebabkan itu, pelanggan tersebut berang dan didakwa mengeluarkan kata-kata kesat kepada rider sebelum membuat ugutan untuk buang kerja.

Lebih seminggu video tersebut tersebar media sosial namun tidak terlihat kenyataan rasmi dikeluarkan pihak IPT. Bagaimanapun selepas mendapat liputan dari media-media, pihak IPT berkenaan tampil menjelaskan isu yang berbangkit.

Menurut kenyataan dikeluarkan oleh pihak pengurusan eksekutif universiti terbabit, mereka mendakwa tidak pernah membuat sebarang perjanjian kerjasama dengan Grab selain meluahkan rasa kecewa terhadap insiden yang berlaku.

Pihak pengurusan universiti itu turut memaklumkan bahawa tindakan disiplin sudah diambil terhadap kakitangan tersebut.

“Pihak pengurusan ingin menekankan bahawa kami tidak mempunyai sebarang perjanjian kerjasama bersama Grab seperti yang dinyatakan oleh individu tersebut di dalam video atau mempunyai penglibatan secara langsung atau tidak langsung bersama syarikat Grab.

“Pihak pengurusan universiti berdiri teguh mengutuk perbuatan individu tersebut dan kami telah mengambil tindakan disiplin terhadapnya.

Pada masa sama, pihak universiti itu juga percaya bahawa tidak seharusnya mana-mana pihak mengambil tindakan dalam mengugut atau mengeluarkan kata-kata kesat kepada sesiapa.

“Pihak universiti ingin menzahirkan rasa kecewa dan kesal terhadap kejadian yang berlaku baru-baru ini dan kami memohon maaf kepada semua pihak yang terlibat dalam tindakan menyinggung perasaan dan memalukan ini,” katanya.

Sedikit sedutan video dari rider yang diugut

@dahliamaz

Inilah nasib food rider,pelbagai karenah pelanggan & pelbagai arahan, kita ikutkn.Rider pun manusia, cari rezeki.Pelanggan sila PIN LOCATION TEPAT & LETAK NOTE.#fypシ #foryoupage #tiktokmalaysia #masukberanda

♬ original sound – DahliaMaz – DahliaMaz
kenyataan rasmi

Baca juga: Zahid Hamidi bebas dan dilepas dari 40 pertuduhan rasuah

Baca juga: Dulu sakit terpaksa mohon baitulmal, penerima zakat mohon hentikan bantuan lepas stabil dengan gaji RM2,400