Malaysia Dateline

Kes YB Pekan: Apa kata hakim tentang penubuhan SRC

BAHAGIAN II

1. Hakim juga bincangkan isu pembelaan YB Pekan yang mendakwa beliau tidak terlibat dalam penubuhan SRC.

(SRC adalah merujuk kepada SRC International Sdn Bhd iaitu subsidiari kepada 1MDB.)

2. Kata Hakim, pihak pembela berhujah bahawa keterangan dalam kes itu menyokong “inference” bahawa penubuhan SRC adalah atas saranan atau rekomendasi EPU (Unit Perancang Ekonomi) dan pihak pembela juga berhujah bahawa pihak EPU lah yang kononnya memberikan rasional penubuhan SRC atas dasar mengejar kepentingan negara yang sah (in pursuance of legitimate national interest).

3. Bagaimanapun, hakim menolak hujah pihak pembela tersebut. Kata hakim, meskipun perkara cadangan kepada perkara tersebut ada disentuh dalam RMK, namun kepentingan cadangan bagi memulai langkah (kepada penubuhan SRC itu) hakikatnya telah dikomentar di dalam RMK tersebut oleh seseorang yang ada kaitan dengan 1MDB dan ianya bukannya dari pihak Kerajaan.

4. Hakim juga berkata adalah jelas bahawa idea cadangan tersebut bukan bermula dari mana-mana agensi kerajaan atau Kementerian selain hanya surat dari pihak 1MDB telah dialamatkan kepada Perdana Menteri (PM). Atas dasar itulah (kerana surat dialamatkan kepada PM), kata saksi pendakwa yang ke-28 (PW-28), maka pihak EPU telah mengambil ianya sebagai satu urusan yang serius di mana beliau (yang bertugas dengan EPU) benar benar menjadikan ianya satu perkara yang serius -EPU menyokong penubuhan SRC.

5. Hakim seterusnya memutuskan bahawa “it has been established by evidence that the accused has a personal and private interest in SRC” – “telah dibuktikan melalui keterangan bahawa tertuduh mempunyai kepentingan peribadi dan persendirian di dalam SRC”.

Dan hakim juga menyatakan bahawa dapatan yang tidak disangkal oleh pihak pembelaan tentang penglibatan YB Pekan dalam penubuhan SRC hanyalah salah satu fakta dari keseluruhan keterangan (dalam kes tersebut).

6. Meskipun YB Pekan /tertuduh, hakim kata, tidak secara terang-terangan bertanggungjawab dalam penubuhan SRC, akan tetapi point yang relevan adalah persetujuan (approval) dari pihak YB Pekan bagi penubuhan SRC itulah yang membawa kepada titik permulaan penglibatan YB Pekan dalam syarikat tersebut (SRC).

Maaf, bersambung esok insyaAllah (isu pembiayaan dari dana KWAP insyaAllah ).

P/S Tidak boleh panjang sangat takut ia menjadi terlalu berat kepada pembaca sebab ia agak teknikal .
————————-
Penulis adalah seorang peguam, Ahli Parlimen Sepang dan mantan Timbalan Menteri (Undang-undang).

BAHAGIAN PERTAMA