Pengumuman kerajaan Afghanistan yang diperintah puak Taliban mengharamkan wanita negara itu melanjutkan pengajian di universiti dianggap satu langkah ke belakang.
Menteri Pendidikan yang juga Ketua Wanita PKR Malaysia, Fadhlina Sidek, kesal dengan keputusan pemerintah Afghanistan berkenaan.
Katanya, Taliban tidak sewajarnya memperkenalkan dasar yang regresif atau menindas terhadap wanita.
“Sekatan ini (Taliban) telah menghalang wanita Afghanistan daripada mendapat akses pendidikan tinggi dan akan melebarkan jurang daya saing antara gender dari sudut peluang pekerjaan berkualiti, status ekonomi dan sosial.
“Maka, dasar pendidikan yang bersifat mundur dan diskriminasi ini turut akan membawa kepada implikasi jangka masa panjang yang akhirnya akan menyebabkan kesan yang lebih buruk kepada landasan pentadbiran negara yang kononnya berasaskan Islam,” kata Fadhlina dalam kenyataan.
Beliau berkata, dengan menghalang penglibatan wanita dalam pengajian tinggi maka akan menyebabkan kadar partisipasi wanita dalam tenaga kerja semakin berkurangan dan memperluas jurang kemiskinan dalam negara berkenaan.
“Ini juga akan menjurus kepada ruang dan peluang dominasi yang berpihak hanya kepada satu gender dan tidak mewakili suara segenap masyarakat.
“Justeru itu, saya mendesak pihak pemerintahan Taliban mempertimbangkan untuk menarik balik sekatan tersebut dan mengembalikan akses wanita Afghanistan melanjutkan pengajian ke universiti,” katanya.
Pengharaman wanita ke universiti bertentangan dengan janji awal puak Taliban ketika merampas kuasa di Afghanistan pada 2021 lalu yang menjamin hak pendidikan bagi wanita.
Baca juga: PM arah bina kemudahan peniaga kecil di ibu kota dengan segera
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio